Selasa, 28 Ogos 2018

Kuih onde_onde


Kuih Onde Onde bujang
Buatan Don๐Ÿ˜Ž

Salam rakyat2 jelata ada sihat kah?
 malam ni terasa nak buat kuih onde2 nak bawak gi menyemai padi esok.
so xnak buang masa sementara ada semangat kesukanan aq terus g kedai runcit beli bahan2๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ dah beli sesampai je kat umah terus buka langkah.

Antara Bahan-Bahannya ialah:
Pewarna yg dibenarkan
3 cawan besar tepung pulut 
3 sudu besar tepung beras
2 helai daun pandan 
Gula melaka - potong kecil
1/2 biji kelapa muda parut - ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut


Cara cara: 
Bancuh tepung pulut tepung gandum dan air sedikit dan masukkan pewarna, biasa orang menggunakan warna hijau oleh kerna aq selalu confuse  hijau/biru .
aq ambil hijau bila bubu kedalam tepung biru rupanya๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚letak air sedikit demi sedikit kacau sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.

Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Saya tak suka rasa gula Melaka yang berbiji semasa mengunyahnya. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.  

Panaskan air di dalam periuk dan masukkan daun pandan sehingga mendidih.

Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.

Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan kuih di atas kelapa tadi sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan. 
Nota: Kepala parut ditekan tekan sedikit dengan sudu supaya rata. Jadi ianya lebih cantik.

Jom tengok pic onde2 buatan abang

Maaflah x bulat sangat dan ada onde2 muntah gula melaka๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ aklumlah tangan abang bujang
Ni keadaan baby onde2 masih bogel๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Dah pakai baju dah๐Ÿ˜Ž


Menyelerakan dap2nya

Anda pun Cubalah mana yg bujang cam aq๐Ÿ˜Ž
Sangat senang,oklah aq chau dulu nak tido awal nak gi sawah esok tata....๐Ÿ˜‰ salam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan